Saturday, December 25, 2010

FACEBOOK VS MY SPACE






SOCIAL NETWORK .

Dulu mana ada layan facebook, rasanya kali pertama aku mengunakan my space. sebelum terciptanya facebook. walaupon banyak lagi social network yang ada seperti TAGGED & FREINDSTER tapi semua itu buat akaun jela gunanya tidak . macam yang aku cakap aku guna my space untuk kali pertama berada di jurang social network ni, punya la best 24 jam pon takpa nak layan my space, tapi semenjak my space dah jadi macam hampeh  aku terus bertukar kepada facebook, siap aku ada tiga akaun facebook padahal hanya mengunakan satu saja . apa da aku nih !! ... sekarang ni facebook dah jadi buah hati aku , dah macam rakan ketiga penting untuk aku . apa pendapat korang mana yang best ?

I LOVE FACEBOOK ---------------->>> LOL FOR MY ________ XX

:: Teringat Zaman Budak - Budak ::






Budak-budak yang lahir pada tahun 80-90'an mesti ingat mase sekolah rendah dulu macam mana :>


  • # Kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit Beli walaupun cerita buku tu dah tau.Salesman susu pon camtu gak.
  • # Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. Bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
  • # RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
  • # Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. & kotak pensil yang ada bentuk kereta .
  • # Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam! 
  • ( sekotak pemadam pon boleh beli )
  • # Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
  • # Cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
  • # Bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
  • # Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
  • # Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
  • # Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
  • # Balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
  • # Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
  • # Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.


Jangan lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
Berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

Mesti Korang tersengeh2 bace benda ni 
hehehee..



: kenanganku kena tunggu dua tahun di sekolah hehehe malu kalau ingat :

:: Tanda lelaki sayang ::

:: Kisah rumput & Orang yang disayangi ::

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

               " SAYANG SANGAT DENGAN ??? "

The story I am As Photographer




Kata orang mimpi akan jadi kenyataan, dan setiap hari akan aku bermimpi untuk menjadi seorang  ' Photographer '. pejam mata bukak mata & celik mata, akhirnya aku dapat jugak menjadi seorang Photographer
tapi takda la terkenal seperti Photographer yang ada di malaysia . aku hanya seorang yang biasa budak 3B lagi *budak baru belajar . wow tu akan aku cakapkan bila melihat seorang Photographer melakukan kerja, walaupon aku tahu, bidang ini takda la boleh pergi jauh . kalau nak kaya pon errmmm entah la . tapi aku minat semua ini kerana minat yang mendalam seni fotografi  <diam - diam ubi berisi >  haha . lagipon dalam waktu sekarang aku dah banyak buat latihan dengan hasil kerja fotografi aku ' not bad ' hasil yang aku dapat . kira hebat jugak . hehe . apa - apa pon sebagai budak 3B aku patut belajar lagi dengan yang pakar, tentang fotografi . kalau hendak belajar jangan malu bertanya ok --- @ QaiyMuhammad photography.

:: Kisah Bermula ' Sudah Ada Tiga ' BLOG ::


kata orang -orang tua aku ini dah macam ' Nyayok ' pon ada, ini antara tiga BLOG yang pernah aku buat dalam masa setahun bukan suka buat banyak - banyak blog . tetapi semua asyik dengan > lupa pasword > lupa email > nak lupakan kisah lama > terlalu peribadi  sangat ceritanya . tapi mungkin ni blog yang terakhir dah malas asyik nak buat lain . harap korang semua sudi baca blog yang akan jadi blog . takkan jadi diary hehe .